Entry: Malam naiknya harga minyak di Kota Cahaya. Jun 8, 2008



Malam makin melarut namun sesak trafik masih tak surut.Semuanya mengharap mampu mendapatkan minyak pada harga rendah pada detik-detik akhir.Pekerja asing yang bertugas di stesen minyak pasti menyumpah perlu berkerja lebih daripada yang sepatutnya.Pegawai polis trafik menyingga kerana perlu menjaga trafik yang sesak dengan pembelian panik saat akhir.Sampai di kedai mamak tempat biasa menebeng sesaknya juga luar biasa.Luar dan dalam restoran dipenuhi umat manusia.Boraknya boleh dikatakan hampir semuanya sama.Harga minyak yang gila naiknya.Tepuk meja marah bernada protes disahut dengan sorak kecil bernada rendah.Berharap ada demo besar-besaran di KLCC hujung minggu ini.Pekerja mamak biar dalam penat masih mampu mengukir senyum mesra kepada yang baru mampir ke kedainya.Harga makanan di kedai mamak di jajah takluk Kota Cahaya yang kian mencekik harganya masih lagi dibayar oleh pelanggan tanpa ada tengking pekik tak percaya kepada harganya.Esok mungkin sahaja harga-harga makananya akan tambah mencekik seiring dengan naiknya harga minyak di seluruh negara.Tapi ada yakin dalam pengusaha restoran Mamak di Kota Cahaya bahawa mereka takkan mati.Mana ada restoran makanan Melayu yang mampu hidup dengan stabilnya di Kota Cahaya.Pelanggan pasti akan mampir lagi biar berapa mencekik pun harga makanan di restoran mereka nanti.Memang yang untung besar pada malam naiknya harga minyak di Kota Cahaya adalah restoran mamak.Manusia-manusia yang ada di Kota Cahaya biar menyumpah seranah sehabisnya kepada kerajaan atas kenaikan harga minyak masih lagi mampu untuk menebeng di restoran mamak yang harganya kadangkala sama mencekik leher sepertimana harga minyak di pasaran sekarang.Naiknya harga minyak takkan mampu mengubah lumrah cara hidup mereka.Memang ada yang tidak kena dengan cara hidup kita.Sedikit sebanyak benar juga kata sang ketua negara.

 

P.S: Ada yang kita tak nampak.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments