Manusia ada lalai dan kelemahan.
Manusia itu memang ada lalai dan kelemahan,Lagipun ia tidak semuanya tahu tentang sesuatu hal yang baru. Jadi ia tak harus bercita-cita menjadi tuhan (biar dalam alam permainan komputer).
Zalim namanya kalau membunuh seseorang tu tanpa alasan sebab yang kukuh. Tapi kalau ianya tidak sengaja apakah pula hukumnya.
Dosa tu aku kena tanggung.Hari esok di pejabat tanpa dua watak yang aku cipta dari awal,masuk ke kolej,masuk alam kerja kemudian ku bunuh secara mendadak (secara tak sengaja) tentu pejabat nanti akan menjadi tak ubahnya seperti neraka dunia.
Atau aku harus uninstall sahaja programnya.Pura-pura tak pernah bermain permainan berhantu (dari zaman kolej) itu.Lebih menumpukan perhatian kepada permainan Winning Eleven kerana bahang Euro 2008 hampir mahu menjelma.
P.S:Ada tak cara nak dapatkan watak sims yang telah aku bunuh?
Posted at 06:21 pm by rainbowboy82
Permalink
Saling tak tumpahnya seperti pelacur.Berpindah-pindah pelanggan.Sudahnya dijangkiti penyakit kelamin.Buat aku berbara di hati.Mana nak dikutip semua kerja-kerja lama aku yang sudah corrupt itu!!!
P.S : Hati berbahang.
Posted at 12:45 am by rainbowboy82
Permalink
Menjelang Euro 2008 aku berfikir kalau dah saban hari melayan perlawanan siaran langsung/ulangan mana aku ada masa untuk mampir ke soiree yang berlangsung di luar sana nanti.Antara soiree atau bola siapa yang nanti akan dipilih oleh kita ini.
P.S: Akan memilih.
Posted at 12:18 am by rainbowboy82
Permalink
Menang sorak
Suaraku tergadai.
P.S: Memeriahkan suasana.
Posted at 12:15 am by rainbowboy82
Permalink
John Terry dan Ezam memang sama sahaja
Kedua-duanya pengkhianat agung.
Membiarkan cekik hegemoni makin galak.
Buat rakyat biasa hilang ruang nafasnya.
Boleh terjun gaung kedua-duanya.
P.S: Nyaris-nyaris Ronaldo yang jadi pengkhianat agung semalam.
Posted at 03:55 am by rainbowboy82
Permalink
Biarpun di masa depan nanti dia mungkin sahaja akan pergi meninggalkan anak bangsanya.Yang pasti dia tak mahu anak-anak bangsanya melupakan namanya dari catatan sejarah.Dia mahu selamanya namanya jadi buah mulut ucapan anak bangsanya.Dia cuma mahu menjadi wira yang selamanya buat anak bangsanya.Biarkanlah dia berbahagia seketika dengan racau politiknya sementara nyanyuknya belum lagi tiba.
P.S: Di bibir anak bangsamu.
Posted at 03:28 am by rainbowboy82
Permalink
Tahun ini milik kumpulan muzik Indipendent.
Kalau dulu aku perlu ke gig kecil/besar untuk mendapatkan lagu-lagu kumpulan muzik indipendent yang berkenan di telinga.Sekarang tidak lagi rasanya,Ke premis DVD Haram yang menjual filem-filem klasik dan terkini di jajah takluk Seri Kembangan dapat aku lihat pengaruh muzik Indipendent yang melanda di negara sudah mula terjangkit sama ke premis DVD haram ini.CD kumpulan muzik indipendent sudah dijual secara terang-terangan di premis penjual DVD Haram ini.Dari album-album kumpulan indipendent lama yang kau takkan jumpa di gig sekarang sampai ke kumpulan muzik indipendent temporari yang jadi sebut bibir anak muda sekarang.Tahun ini sememangnya milik kumpulan muzik indipendent.Setelah pemuzik-pemuzik mainstream sudah berpuluh tahun jenuh bertempur dengan lanun-lanun cetak rompak ini.Apa tindak balas yang akan dilancarkan oleh kumpulan muzik indipendent ini.Kembali menyorok semula ke dunia bawah tanah mereka diwaktu tahun ini sudah mereka jeritkan akan menjadi milik mereka.Aku menantikan perkembangan ini dengan ghairahnya.
P.S: Bila orang indie perlu berhadapan dengan karenah dunia muzik komersial.
Posted at 08:56 am by rainbowboy82
Permalink
Ucapkan salammu kepada Cape Rachado yang asing!!!
P.S: Kali ni mahu turun ke laut.
Posted at 06:08 am by rainbowboy82
Permalink
Dah tua baru nak pegang gitar.Berangan!!!
P.S : Pengaruh dari lagi-lagu Black dan Yuna.
Posted at 06:08 am by rainbowboy82
Permalink
Terlambat (Jawapan kepada hati yang gundah.)
Aku memang selalunya akan terlambat menempuh sesuatu zaman dari teman-teman sama aliran zaman.Tapi yang pasti aku akan merempuh juga masa itu nanti.Sekurang-kurangnya aku dapat melihat jatuh bangun teman sealiran menempuh alam baru itu sebelum membuat keputusan akhir yang besar tentangnya.
P.S:Aku juga akan menempuh zaman itu.
Posted at 06:01 am by rainbowboy82
Permalink