Feb 9, 2011
Patah Balik.

Aku kena patah balik ke sini.Tempat menulis rasmi aku dah kena sekat oleh kebongekan pegawai bahagian teknologi maklumat jabatan.Kerana blogdrive terselamat dari tindak-tindak mengalakkan kejumudan dan kebodohan pegawai-pegawai  awam maka aku akan kembali menulis di sini.Yang pasti aku masih mahu menulis di blog lagi.

P.S:Tulis.Tulis.Tulis.

 


Posted at 01:54 am by rainbowboy82
Make a comment  

Darurat.

Masa-masa darurat memerlukan pendekatan-pendekatan radikal.Janggan pernah merelakan kejumudan dan pembodohan berterusan.

P.S:Menolak kejumudan.


Posted at 01:07 am by rainbowboy82
Make a comment  

Aug 4, 2008
Ini Yang Terakhir.

Ada sumpah yang aku pegang pada tulisan dan diriku sendiri.Ianya tentang kematian dan kelahiran semula aku dalam bentuk yang lain.Aku tak betah berada di mana aku seharusnya telah mati.Aku membuat keputusan bertukar ruang tulisan.Masih di ruang maya besar ini.Setelah memberi Sumpah Taat Setia diriku kepada tapak tulisan baruku.Ku sini untuk menulis coret  yang terakhir disini.Manis kenangan tapi aku memang sedang dalam pencarian terhadap kehidupan baru.Tapak ini akan disini terbiar.Ku mungkin akan mencari-cari aku yang lepas di masa hadapanku nanti.Terima kasih atas segala manis kenangan perjalanan.  

P.S: Ucapkan Selamat Datang Kepada Akuro Yang Manis.


Posted at 04:31 am by rainbowboy82
Make a comment  

Jul 9, 2008
Kebongekan.

Kalau sampai minggu depan kebongekan ini tak sudah aku mungkin akan berpindah alamat e-mail.Banyak sangat kemungkinannya yang buat aku pening kepala.Mudah cerita aku tukar akaun e-mail sahaja.Tunggu sampai minggu depan.

P.S: Baran Hati.


Posted at 07:46 pm by rainbowboy82
Make a comment  

Jun 24, 2008
Kayu Api.

Sayang aku tak di kampung jati asal diri.Kalau tidak tentunya mudah buat aku menolongmu.Kayu getah yang molek untuk jadi kayu api itu merata di kampung aku.Dengan sukarela akan ku ambilkan untukmu.Untuk kau lakukan acara pembakaran kayu api untuk kau pamerkan gejolak api besar membarak yang ada di dalam hatimu untuk diriku.Aku tak suka menanam benci hasad rasa pada orang yang perlu aku hadapi sehari-hari dalam hidup ini.Tapi kalau aku yang mahu kau bakar dalam unggunan apimu nanti.Mustahillah aku akan merelakan diri ini hangus didalamnya.Kalau perlu ku tentang akan ku tentang sehabisnya.

P.S:Menentang hasad dengki hati bahasanya kadang-kadang perlu api.




Posted at 01:03 am by rainbowboy82
Make a comment  

Tak ada baju Sepanyol.Barcelona pun jadilah.

Maaflah.Aku tak ada baju pasukan Sepanyol untuk Euro 2008 ini.Malam ini aku sarung baju Barcelona saja untuk solidariti mudah aku bersama pasukan Sepanyol.Ada juga kait hubungannya sedikit sebanyak paling tidak.Tidaklah menyarung baju Manchester United (biar ada nama C.Ronaldo) dari pasukan England (Yang tidak layak ke Euro)  bagi menyokong pasukan portugal!!!

P.S: Sudah mula mahu berpihak.

 


Posted at 12:35 am by rainbowboy82
Make a comment  

Jun 19, 2008
Yang datang dalam hidup.

Aku dah jenuh dengan orang yang datang mampir dalam kehidupanku dengan kata-kata bernada kuasa.Mahu memaksa-maksa aku mengiakan mudah kata-katanya atas nama kuasa yang ia miliki.Lebih elok kalau kau datang padaku dengan bahasa kasih sayang dan toleransi.Ianya pasti lebih membahagiakan andai ada ringgit-ringgit solidariti buat diri ini.Tanda kau memahami perit payah yang dihadapi oleh diri ini.

P.S:Datanglah.Tapi kena ada adatnya.

Posted at 05:18 pm by rainbowboy82
Make a comment  

Jun 16, 2008
Di bawah jajah takluk hegemoni.

Aku sebenarnya sudah berkira-berkira untuk tidak mahu pedulikannya lagi.Mahu lari dari jajah takhluk kota hegemoni ini.Tapi bila ada orang pentadbiran memberitahu teman pejabat yang harus diisi lagi borang lanjutan perkhidmatan itu.Mungkin sahaja ada wahyu yang mahu dikirim dari atas langit sana.Aku mungkin akan mengisi borangnya dan di mungkin sahaja aku akan lebih lama di kota hegemoni ini.

P.S: Masih dalam genggam pegang kota hegemoni.


Posted at 03:46 pm by rainbowboy82
Make a comment  

Urbanscapes.

Aku menanti-nanti Urbanscapes tahun ini.

 

Tiketnya akan ku beli nanti.

 

Siapa yang akan ku heret sama nanti.

 

P.S: Mari ku bawamu ke duniaku.


Posted at 03:38 pm by rainbowboy82
Make a comment  

Jun 8, 2008
Malam naiknya harga minyak di Kota Cahaya.

Malam makin melarut namun sesak trafik masih tak surut.Semuanya mengharap mampu mendapatkan minyak pada harga rendah pada detik-detik akhir.Pekerja asing yang bertugas di stesen minyak pasti menyumpah perlu berkerja lebih daripada yang sepatutnya.Pegawai polis trafik menyingga kerana perlu menjaga trafik yang sesak dengan pembelian panik saat akhir.Sampai di kedai mamak tempat biasa menebeng sesaknya juga luar biasa.Luar dan dalam restoran dipenuhi umat manusia.Boraknya boleh dikatakan hampir semuanya sama.Harga minyak yang gila naiknya.Tepuk meja marah bernada protes disahut dengan sorak kecil bernada rendah.Berharap ada demo besar-besaran di KLCC hujung minggu ini.Pekerja mamak biar dalam penat masih mampu mengukir senyum mesra kepada yang baru mampir ke kedainya.Harga makanan di kedai mamak di jajah takluk Kota Cahaya yang kian mencekik harganya masih lagi dibayar oleh pelanggan tanpa ada tengking pekik tak percaya kepada harganya.Esok mungkin sahaja harga-harga makananya akan tambah mencekik seiring dengan naiknya harga minyak di seluruh negara.Tapi ada yakin dalam pengusaha restoran Mamak di Kota Cahaya bahawa mereka takkan mati.Mana ada restoran makanan Melayu yang mampu hidup dengan stabilnya di Kota Cahaya.Pelanggan pasti akan mampir lagi biar berapa mencekik pun harga makanan di restoran mereka nanti.Memang yang untung besar pada malam naiknya harga minyak di Kota Cahaya adalah restoran mamak.Manusia-manusia yang ada di Kota Cahaya biar menyumpah seranah sehabisnya kepada kerajaan atas kenaikan harga minyak masih lagi mampu untuk menebeng di restoran mamak yang harganya kadangkala sama mencekik leher sepertimana harga minyak di pasaran sekarang.Naiknya harga minyak takkan mampu mengubah lumrah cara hidup mereka.Memang ada yang tidak kena dengan cara hidup kita.Sedikit sebanyak benar juga kata sang ketua negara.

 

P.S: Ada yang kita tak nampak.


Posted at 09:04 am by rainbowboy82
Make a comment  

Next Page
   

<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed